I-FON! I-PAD!

Kemunculan I-Pad di kalangan masyarakat Singapura sungguh menakjubkan. Ada yang sanggup beratur berjam-jam untuk mempastikan mereka berjaya dapatkan I-Pad. Bagi Nena pula, anak Nena Redhza, yang memberikannya sebagai hadiah Hari Ibu. Bukan itu sahaja..... dia juga telah menghadiahkan Nena I-Fon untuk hari lahir Nena. Terfikir juga Nena, "Ai, anak ni nak jadikan Nena super canggih ke?" Alhamdullilah, dia anak yang baik. Selalu mementingkan ibunya.
Apakah itu I-Pad? Ada banyak fungsi yang dapat Nena lakukan. Nena boleh jadikan sebagai bingkai gambar. Semua gambar-gambar Nena naikmuatkan ke I-Pad dan simpan di situ. Nena juga boleh mencatatkan tarikh dan waktu temujanji dengan doktor. Nena juga dapat baca dan hantar emel melaluinya. Juga dengar Me Radio, di mana-mana saja terutama sekali mendengar azan untuk sembahyang. Nena selalu membaca berita melalui Straits Times, CNN, BBC dan juga menonton berita dari saluran Al-Jazeera. Pengurusan perbankanan juga Nena lakukan melalui I-Pad. Tetapi yang paling menarik dan menyeronokkan bila Nena bermain permainan "Ninja Chop Chop" berdama cucu Nena Dante Omar. Anak kecil baru berumur empat tahun tahu mulakan I-Pad, tunggu seketika (loading) untuk permainan diturunkan dan mempunyai kecekapan jejari untuk bermain. Nena dapat mengeratkan kasih sayang dengan main bersamanya. Ya, Nena juga bermain "Ninja Chop Chop dan Cop and Robber."
Apa dia I-Fon? Ia mempunyai fungsi yang agak sama tetapi alatnya kecil sahaja. Hanya Satu saja yang Nena ingatkan. Jangan biarkan I-Pad dijadikan alat permainan sahaja, tetapi selami fungsi yang lain. Takut jika hanya bermain saja, akan jadi lalai dan kerja-kerja akan terbengkalai.
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama