BERBUDI BAHASA, JALINAN MESRA

Seseorang itu akan senang berinteraksi dengan kita jika kita melayannya dengan mesra dan berbudi bahasa. Berikanlah dia peluang bercakap untuk meluahkan isi hatinya. Janganlah kita mengutamakan diri dan terus bercakap tanpa memberi peluang untuk orang bercakap.Jadikan diri sebagai pendengar lebih dari bercakap lebih tanpa mengendahkan orang untuk bercakap.

Ahad, 1 Ogos 2010

Arif Budiman - Ceramah Ke empat

              Ceramah Arif Budiman 4, oleh yang berbahagia Profesor Awang Sariyan , Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China,  Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia-Beijing Foreign Studies University,. telah di adakan di Pusat Bahasa Kementerian Pendidikan, Bishan, Sabtu lalu.  Tajuk  ceramah itu, "Pembuanaan Bahasa Melayu Di Luar Nusantara. "Ramai guru-guru telah menghadiri ceramah itu. Majlis itu telah diserikan dengan kehadiran tetamu   kehormat,   Masagos Zulkifli. Masagos Mohamed, Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri.

             Nena tertarik dengan pengongsian Profesor mengenai pelajar-pelajar di Universiti Beijing. Setiap pagi mereka akan berkumpul di beberapa sudut dengan fon kepala (headphone) untuk belajar sebutan sesuatu bahasa seperti bahasa Melayu, Spanyol, Inggeris dan lain-lain. Profesor Awang telah akui dengan cara begini mereka dapat belajar sebutan sesuatu bahasa dengan baik.

           Dengan penyertaan Nena dalam ceramah ini, dapat juga Nena mempertingkatkan ilmu mengenai bahasa Melayu. Secara nyata, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa benar-benar menyerlah dalam zaman bahasa klasik pada sekitar abad ke-15 dan beberapa abad berikutnya.Walaupun Nena dah lanjut usia, Nena masih berpendapt bahawa menimba ilmu adalah sepanjang hayat.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama