BERBUDI BAHASA, JALINAN MESRA

Seseorang itu akan senang berinteraksi dengan kita jika kita melayannya dengan mesra dan berbudi bahasa. Berikanlah dia peluang bercakap untuk meluahkan isi hatinya. Janganlah kita mengutamakan diri dan terus bercakap tanpa memberi peluang untuk orang bercakap.Jadikan diri sebagai pendengar lebih dari bercakap lebih tanpa mengendahkan orang untuk bercakap.

Ahad, 26 Disember 2010

SILAP????

Nena sungguh berasa bangga mendapat tempat kedua dalam peraduan blogging.
Cik Kalida diumumkan sebagai pemenang ketiga pada hari itu di Perpustakaan
Woodlands. Keputusan itu juga telah disiarkan di Saluran Suria pada malam itu.
Tertanya-tanya juga Nena, siapakah pemenang pertama!!!

Oleh kerana Nena tiada di Singapura keesokan harinya, Nena tidak terbaca di Berita
Harian bahawa Cik Kalida mendapat tempat pertama dan Cik Sakya (dimana tak tersebut
namanya.) pada hari itu mendapat tempat ketiga.  Hanya baru-baru ini, ketika Nena
mengikuti talian Google dan dapat kejutan mengenai keputusan peraduan blogging.

Nena berharap penganjur dan pengelola peraduan blogging dapat memberi penjelasan.
Pada hari penyampaian hadiah juga terdapat kesilapan. Nena diberikan hadiah untuk
pemenang ketiga dan Cik Kalida diberikan hadiah Nena. Kesilapan itu telah disedari dan
 dibetulkan.

Nena kira peraduan blogging bulan Bahasa 2010 haruslah dijalankan dengan efisyen dan
mengikuti peraturan yang dikehendaki. Bukanlah hanya melepaskan batuk di tangga.!
Semoga pada tahun hadapan pengajur dapat memberi perhatian yang sewajarnya.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama