BERBUDI BAHASA, JALINAN MESRA

Seseorang itu akan senang berinteraksi dengan kita jika kita melayannya dengan mesra dan berbudi bahasa. Berikanlah dia peluang bercakap untuk meluahkan isi hatinya. Janganlah kita mengutamakan diri dan terus bercakap tanpa memberi peluang untuk orang bercakap.Jadikan diri sebagai pendengar lebih dari bercakap lebih tanpa mengendahkan orang untuk bercakap.

Isnin, 16 Julai 2012

Kenangan manis di Geylang Serai

Alhamdulillah,
Sabtu lalu, Nena telah berucap di Arts House (Old Parliament House) mengenai "Kampung Memories - 1944 - 1967." Selama seminggu Nena telah telefon dan mengunjungi saudara mara untuk dapatkan gambar-gambar lama hidup di Geylang Serai. Para penonton seramai lebih kurang 30 orang  Kami bincangkan cara untuk memerangsang orang menulis blog, agar dapat menghidupkan  dan mengingati semula  hidup datuk nenek kita zaman dahulu. Semoga anak-anak zaman sekarang tidak ambil sikap sambil lewa tentang kemudahan dan kenikmatan yang mereka ada sekarang.