BERBUDI BAHASA, JALINAN MESRA

Seseorang itu akan senang berinteraksi dengan kita jika kita melayannya dengan mesra dan berbudi bahasa. Berikanlah dia peluang bercakap untuk meluahkan isi hatinya. Janganlah kita mengutamakan diri dan terus bercakap tanpa memberi peluang untuk orang bercakap.Jadikan diri sebagai pendengar lebih dari bercakap lebih tanpa mengendahkan orang untuk bercakap.

Selasa, 3 Julai 2012

Penjimatan Majlis Perkahwinan

Pada Sabtu lalu, Nena  telah menghadiri jemputan kahwin seorang anak sahabat Nena. Majlis itu sungguh gah dengan dekorasi yang sangat indah. Dah tentu ongkos perbelanjaannya mesti lumayan.

Nena hanya hendak beri komen sedikit tentang upacara yang dijalankan. Ketika Nena pergi ke meja hidangan untuk mengambil makanan, bekas yang terisi udang lada hitam, dikawal oleh seorang penjaga. Dia telah mencatu udang itu sepinggan seekor. Nena rasa jengkel kerana adakah dia percaya tetamu yang diundang pelahap?
Sungguh memalukan! Mengapa hidangan mi siam tidak diambilkan  untuk tetamu. Adakah ini kerana MURAH?

Insiden  kedua yang Nena kurang senang berlaku apabila pinggan yang masih berisi makanan cepat-cepat diambil oleh seorang kendarat tanpa bertanya jika tetamu sudah habis makan.  Kurang sopan sekali. Nena terasa seperti kena halau.

Nena ingin sarankan agar hos majlis, adakan ahli keluarga  untuk memerhatikan sesuatu yang tidak dinigini daripada berlaku. Perkara-perkara sebegini akan merosakkan majlis.

Ini hanya pandangan Nena saja, ya!