BERBUDI BAHASA, JALINAN MESRA

Seseorang itu akan senang berinteraksi dengan kita jika kita melayannya dengan mesra dan berbudi bahasa. Berikanlah dia peluang bercakap untuk meluahkan isi hatinya. Janganlah kita mengutamakan diri dan terus bercakap tanpa memberi peluang untuk orang bercakap.Jadikan diri sebagai pendengar lebih dari bercakap lebih tanpa mengendahkan orang untuk bercakap.

Rabu, 11 Julai 2012

Geylang Serai

Minggu lalu, Nena, telah pergi ke Pasar Geylang untuk bersarapan dengan kawan-kawan Nena. Seminggu sekali kami akan pergi ke sana untuk 'update' perkara-perkara yang berlaku terhadap diri masing-masing. Kami percaya bahawa Geylang Serai tempat yang bernostalgia, di mana kenangan manis dan pahit   kami telah lalui. Seminggu sekali kalau tak pergi Geylang, rasa macam tak sah! Apa-apa saja ada dijual di Pasar Geylang. Mesti ada saja kenalan boleh kita terserempak. Jom! Mari ke Pasar Geylang bersama Nena.