BERBUDI BAHASA, JALINAN MESRA

Seseorang itu akan senang berinteraksi dengan kita jika kita melayannya dengan mesra dan berbudi bahasa. Berikanlah dia peluang bercakap untuk meluahkan isi hatinya. Janganlah kita mengutamakan diri dan terus bercakap tanpa memberi peluang untuk orang bercakap.Jadikan diri sebagai pendengar lebih dari bercakap lebih tanpa mengendahkan orang untuk bercakap.

Isnin, 9 Julai 2012

Tersangkut di Koswe

Semalam, pada pukul 8.30 malam, Nena bersama suami, telah terkandas di Koswe antara Johor Bahru   ke Imigresen. Kenderaan tersangkut daripadas pukul 2030 malam hingga 2330. Apakah sebabnya!!
Ada beberapa buah kaunter Imigresen Malaysia ditutup dan hanya beberapa saja yang menguruskan kerja dokumentasi. Serik betul Nena nak ke Johor lagi .... tak berbaloi. Kami pergi ke sana untuk berbelanja dan seperti  lazimnya orang Singapura ke sana,  untuk beli minyak kereta.

Tapi esok camna? Ke sana jugalah,  untuk menjimatkan perbelanjaan. Hai! Dah menjadi kebiasaan. Hari ni kata "tak mahu pergi," esok lain pula jawapannya.