BERBUDI BAHASA, JALINAN MESRA

Seseorang itu akan senang berinteraksi dengan kita jika kita melayannya dengan mesra dan berbudi bahasa. Berikanlah dia peluang bercakap untuk meluahkan isi hatinya. Janganlah kita mengutamakan diri dan terus bercakap tanpa memberi peluang untuk orang bercakap.Jadikan diri sebagai pendengar lebih dari bercakap lebih tanpa mengendahkan orang untuk bercakap.

Isnin, 23 Julai 2012

Hari Paling Manis Bagi Nena



Hari ini , hari lahir Nena. Ramai yang berikan ucapan selamat hari lahir kepada Nena. Menantu-menantu Nena, anak-anak Nena, murid-murid Nena dan sudah tentu  suami Nena,  Rahim. Nena sedar usia Nena semakin meningkat. Orang-orang tua berkata, nombor hanyalah angka saja. Yang mustahak ialah pandangana kita terhadap   hidup dan bagaimana kita menjalani hidup itu. Kita yang dapat menentukan hidup yang penuh bermakna atau hidup tanpa tujuan. Bagi Nena, hidup ini sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah swt kerana dikurniai anak-anak yang Nena banggakan, cucu-cucu yang menjadi penawar hati. Nena banyak-banyak bersyukur ke hadrat Allah swt. kerana rahmatNya.