BERBUDI BAHASA, JALINAN MESRA

Seseorang itu akan senang berinteraksi dengan kita jika kita melayannya dengan mesra dan berbudi bahasa. Berikanlah dia peluang bercakap untuk meluahkan isi hatinya. Janganlah kita mengutamakan diri dan terus bercakap tanpa memberi peluang untuk orang bercakap.Jadikan diri sebagai pendengar lebih dari bercakap lebih tanpa mengendahkan orang untuk bercakap.

Khamis, 31 Mei 2012

Assalamu'alaikum wr wb.
Dua tahun telah berlalu sejak Nena menulis blog Nena.

Kini cuti sekolah... tetapi   bukanlah bererti  segala  tugasan mengajar dihentikan. Kelas tambahan bagi Menengah 3 dan Menengah 4 telah Nena rancangkan. Ramai murid-murid telah hadir kelas MSP (Bahasa Melayu Pilihan) tadi. Gembira  hati Nena melihat mereka, begitu ghairah mempelajari bahasa Melayu. Kelas hari ini adalah mengenai Penjodoh Bilangan, mencipta frasa-frasa indah untuk digunakan dalam karangan mereka dan mendeklamasikan sajak.

Beberapa orang pelajar MSP3 dan 4 akan mengambil bahagian dalam mendeklamasikan sajak anjuran Pusat Bahasa Kementerian Pelajaran (Bishan). Kami telah adakan latihan di kelas. Kami juga  telah mengalihkan sajak bahasa Melayu kepada bahasa Mandarin. Gaya mendeklamsikan sajak masih secara Melayu.. Satu pertukaran, kan?

Esok Nena akan rekodkan pembacaan peserta-peserta untuk dinaikmuatkan ke Youtube. Mudah-mudahan mereka akan berjaya.