BERBUDI BAHASA, JALINAN MESRA

Seseorang itu akan senang berinteraksi dengan kita jika kita melayannya dengan mesra dan berbudi bahasa. Berikanlah dia peluang bercakap untuk meluahkan isi hatinya. Janganlah kita mengutamakan diri dan terus bercakap tanpa memberi peluang untuk orang bercakap.Jadikan diri sebagai pendengar lebih dari bercakap lebih tanpa mengendahkan orang untuk bercakap.

Rabu, 4 Ogos 2010

Pembantu atau Pembawa Masalah

         Ibu-ibu di Singapura yang bekerja perlukan bantuan untuk menguruskan rumah dan menjaga anak-anak.  Dengan adanya orang luar di rumah kita, banyak perubahan akan berlaku. Kita tidak lagi ada 'privacy,' kerana segala apa yang berlaku akan tidak secara langsung membabitkan pembantu. Segala rahsia akan diketahui olehnya. Jika anak-anak kita dah 'melekat' (terlalu mesra)  dengan pembantu, kita akan menjadi tawanan. Kita mesti jaga hatinya, takut kalau dia meninggalkan kita. Takut anak-anak kita tiada orang jaga, takut.... takut .... semuanya takut.
          Selalu kita terbaca di akhbar-akhbar mengenai majikan yang didenda atau dipenjarakan kerana berkasar dengan pembantu mereka. Ada pula yang melakukan hubungan sulit dengan majikan hingga menjadikan rumah porak peranda.
          Tetapi bukan semua yang tak baik menggajikan pekerja  untuk menguruskan rumah dan mendidik anak-anak, Bebanan akan menjadi rengan apabila ada orang yang membantu kita. Jika kita inginkan pembantu yang baik, layanlah mereka dengan baik. Anggaplah mereka sebagai ahli keluarga kita. Perbuatan yang baik akan dapat balasan yang baik.

Isnin, 2 Ogos 2010

Bilakah Harus Bersara??

           Tiap kali Nena bertemu kawan, mesti satu soalan yang akan ditanyakan "Dah pencen?" tanya mereka. Bila Nena menjawab, "Masih kerja lagi." Mereka agak tersenyum sinis. Yang ada beri teguran yang kurang senang Nena dengar.

          Nena termenung sejenak memikirkan teguran dan pandangan sedemikian.Adakah seseorang itu mesti bersara jika sudah menjangkau usia lanjut? Pandangan Nena mengenai pesaraan adalah sama seperti Menteri Bimbingan Encik Lee Kuan Yew. Kita harus bekerja selagi sihat dan suka bekerja. Jika Nena disuruh berhenti bekerja sekarang, Nena akan menjadi kurang berdaya dari segi mental dan fizikal. Dengan mengajar murid-murid yang aktif dan segar, Nena terikut-ikut dengan kehendak mereka. Nena belajar bersama mereka, mengatasi masalah bersama, ketawa bersama dan bersedih bersama.

          Ada yang suruh Nena "Makan angin," untuk 'enjoy.' Kalau Nena beritahu mereka yang Nena telah "makan angin," di merata dunia, mungkin mereka  tidak percaya..Nena telah  pergi ke UK, New Zealand, Switzerland, Itali, London, Germany, Spanyol, Tasmania, Melbourne, Perth, negeri-negeri Asia, Abu Dhabi, Dubai, Morocco dan tiga kali ke Saudi Arabia. Agak macam sombong, gitu tetapi memang benar. Nena telah berpeluang ke negara-negara ini kerana beruntung mendapat menantu, Igor Ildhar, yang dihantarkan bertugas ke luar  negeri. Nena akan ke mana mereka berada  untuk melepaskan rindu Nena terhadap cucu-cucu dan anak Nena ,Soraya.

          Ada pula yang menasihatkan Nena, agar beramal, ' ingat akhirat,' kata mereka.' Tidakkah mereka terfikir yang Nena boleh beramal walaupun bekerja? Yang mustahak, kita mesti pandai menguruskan masa. Jangan leka. Kalau banyak masa pun, banyak yang terbengkalai jika kita lalai. InsyaAllah Nena akan dapat mengerjakan tugas dan amalan dengan baik.

           Bagaimana pendapat pembaca? Boleh kongsi bersama Nena?

Ahad, 1 Ogos 2010

Arif Budiman - Ceramah Ke empat

              Ceramah Arif Budiman 4, oleh yang berbahagia Profesor Awang Sariyan , Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China,  Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia-Beijing Foreign Studies University,. telah di adakan di Pusat Bahasa Kementerian Pendidikan, Bishan, Sabtu lalu.  Tajuk  ceramah itu, "Pembuanaan Bahasa Melayu Di Luar Nusantara. "Ramai guru-guru telah menghadiri ceramah itu. Majlis itu telah diserikan dengan kehadiran tetamu   kehormat,   Masagos Zulkifli. Masagos Mohamed, Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri.

             Nena tertarik dengan pengongsian Profesor mengenai pelajar-pelajar di Universiti Beijing. Setiap pagi mereka akan berkumpul di beberapa sudut dengan fon kepala (headphone) untuk belajar sebutan sesuatu bahasa seperti bahasa Melayu, Spanyol, Inggeris dan lain-lain. Profesor Awang telah akui dengan cara begini mereka dapat belajar sebutan sesuatu bahasa dengan baik.

           Dengan penyertaan Nena dalam ceramah ini, dapat juga Nena mempertingkatkan ilmu mengenai bahasa Melayu. Secara nyata, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa benar-benar menyerlah dalam zaman bahasa klasik pada sekitar abad ke-15 dan beberapa abad berikutnya.Walaupun Nena dah lanjut usia, Nena masih berpendapt bahawa menimba ilmu adalah sepanjang hayat.