BERBUDI BAHASA, JALINAN MESRA

Seseorang itu akan senang berinteraksi dengan kita jika kita melayannya dengan mesra dan berbudi bahasa. Berikanlah dia peluang bercakap untuk meluahkan isi hatinya. Janganlah kita mengutamakan diri dan terus bercakap tanpa memberi peluang untuk orang bercakap.Jadikan diri sebagai pendengar lebih dari bercakap lebih tanpa mengendahkan orang untuk bercakap.

Isnin, 25 Jun 2012

Sekolah Menengah Tun Seri Lanang

Hari ini adalah hari pertama penggal ketiga  dibuka. Ketika Nena melalui Goodman Road Nena terlihat Goodman Art Centre. Kenangan manis di Sekolah Menengah Tun Seri Lanang bermain di benak Nena.
Nena telah mengajar di situ daripada tahun 1979 hingga 1987. Kebanyakan murid-murid di sini orang Melayu.. Ah... dah besar-besarlah murid-murid ini. Dari Facebook, Nena terbaca  mereka akan adakan perjumpaan pada bulan September ini.. Rasanya, tak sabar menunggu hari itu... ingin benar melihat murid-murid Nena yang dah besar panjang itu.