Hari Paling Manis Bagi Nena
Seseorang itu akan senang berinteraksi dengan kita jika kita melayannya dengan mesra dan berbudi bahasa. Berikanlah dia peluang bercakap untuk meluahkan isi hatinya. Janganlah kita mengutamakan diri dan terus bercakap tanpa memberi peluang untuk orang bercakap.Jadikan diri sebagai pendengar lebih dari bercakap lebih tanpa mengendahkan orang untuk bercakap.
Alhamdulillah,
Minggu lalu, Nena, telah pergi ke Pasar Geylang untuk bersarapan dengan kawan-kawan Nena. Seminggu sekali kami akan pergi ke sana untuk 'update' perkara-perkara yang berlaku terhadap diri masing-masing. Kami percaya bahawa Geylang Serai tempat yang bernostalgia, di mana kenangan manis dan pahit kami telah lalui. Seminggu sekali kalau tak pergi Geylang, rasa macam tak sah! Apa-apa saja ada dijual di Pasar Geylang. Mesti ada saja kenalan boleh kita terserempak. Jom! Mari ke Pasar Geylang bersama Nena.
Semalam, pada pukul 8.30 malam, Nena bersama suami, telah terkandas di Koswe antara Johor Bahru ke Imigresen. Kenderaan tersangkut daripadas pukul 2030 malam hingga 2330. Apakah sebabnya!!
Pada Sabtu lalu, Nena telah menghadiri jemputan kahwin seorang anak sahabat Nena. Majlis itu sungguh gah dengan dekorasi yang sangat indah. Dah tentu ongkos perbelanjaannya mesti lumayan.
Hari ini adalah hari pertama penggal ketiga dibuka. Ketika Nena melalui Goodman Road Nena terlihat Goodman Art Centre. Kenangan manis di Sekolah Menengah Tun Seri Lanang bermain di benak Nena.